Anak Istimewa Pun Manusia. Mereka Juga Berhak Dapat Pendidikan.

Menyumbanglah Untuk Pembangunan Wisma OKU Kanak-kanak PDK Kiu

Tonton Kami Di TV Al Hijrah

Walaupun Mereka Bukan Seperti Insan Normal, Sekurang-Kurangnya Berilah Peluang Kepada Mereka Dalam Masyarakat

Bantulah Bela Nasib Anak - Anak Syurga Ini

Andai Mereka Diberi Pilihan, Mana Mungkin Mereka Pilih Dilahirkan Begini.

“Setiap anak yang dilahirkan itu dalam keadaan fitrah, kedua-dua ibu bapanya lah yang mencorakkannya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (HR Bukhari)

“Anak saya tak faham apa itu kotor.. bersih.. Bila kita halang pegang benda kotor, dia tantrum..”

Inilah luahan ibu salah seorang murid kami.. Bukan semua orang mampu pikul ujian ini..

Latar Belakang

PDK Kiu pada asalnya ialah sebuah pra sekolah khas untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran di bawah naungan Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia. Sistem pembelajaran yang digunakan adalah melalui pendekatan Pertuturan Kiu iaitu suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran khusus kepada individu yang bermasalah pendengaran.

Pertuturan Kiu telah diadaptasikan kepada Bahasa Melayu pada tahun 1984 oleh mendiang En Tan Chin Guan yang ketika itu merupakan Naib Presiden Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia.

Kini, PDK Kiu telah mengorak langkah yang lebih mencabar dengan menggunakan kaedah pertuturan ini kepada OKU pembelajaran (autism) mengikut kesesuaian mereka.

PDK Kiu telah berjaya mengiktiraf pelatih-pelatih pada setiap tahun bagi kemasukan pelatih ke Tahun 1 sekolah swasta dan sekolah pendidikan khas.

PDK Kiu kini mempunyai seramai 40 orang pelajar berumur 3-12 tahun. Selain kanak-kanak bermasalah pendengaran, PDK Kiu juga menerima kemasukan kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan, speech delay dan kelembapan pembelajaran.

Gambar Premis & Aktiviti

Visi

Pendidikan awal yang berkualiti demi masa depan pembangunan kanak-kanak OKU.

Misi

Di PDK Kiu, Kami Santuni Anak - Anak Istimewa Ini..

“Kebanyakan anak autism memang tak boleh berdikari. Bila kita pergi ke luar, orang memandang anak kami penuh prejudis..” - Azelinda

Tidak Mereka Minta Lahir Begini, Lahir Tidak Dapat Mendengar Apatah Lagi Berkata-Kata

ADIK RAFAEL

ADIK ANNUR

ADIK AMNI

ADIK AMEERA

Marilah Sertai Misi Kami. Kita Bangunkan Sebuah Wisma OKU Kanak - Kanak PDK Kiu

Cabaran :

Dengan pertambahan pelajar dan kos pengurusan yang mahal, PDK Kiu mengharapkan bantuan dan keprihatinan rakyat Malaysia untuk membantu kami memberikan khidmat komuniti yang terbaik kepada kanak-kanak syurga ini.

Oleh itu, kami memerlukan sebuah bangunan baru untuk menyediakan ruangan pembelajaran dan fasiliti untuk keperluan mereka.

SASARAN KUTIPAN
RM 0
DANA TERKUMPUL
RM 0
DANA MASIH DIPERLUKAN
RM 0

Dana ini akan digunakan untuk:

Kerana sumbangan anda, mereka dapat belajar seperti kanak-kanak lain.

Salurkan sumbangan anda melalui:

5644 0962 3842

Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Kiu

Sumbangan PDK KIU

RM30.00RM30,000.00

SKU: N/A Category:

“Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.”

(Surah at-Taghabun: 15)